Sabtu, 17 Disember 2011

mencari rumah di kawasan jementah

Dalam tempoh beberapa bulan yang lepas aku berusaha untuk mencari rumah sewa di kawasan sekitar segamat sama ada di bandar segamat, batu anam, buloh kasap ataupun jementah.

Biasanya jika ada rumah untuk di sewa maka kebanyakkan tuan rumah akan menampal notis memaklumkan untuk menyewa rumah tersebut dipintu rumah mereka namun begitu sangkaan tersebut silap sebaliknya di kawasan segamat ini untuk mencari rumah untuk disewa maka kita perlu bertanya kepada jiran-jiran di sebelah rumah yang kelihatan kosong adakah pemilik rumah berkenaan ingin menyewakannya atau tidak.

Manakala bagi mereka yang mencari rumah untuk dibeli pula, ia memerlukan kita datang ke pejabat pemaju yang dinyatakan dipapan tanda projek perumahan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan rumah tersebut dan biasanya tiada rumah contoh dibuat bagi membolehkan pembeli menilai struktur dan rekabentuk rumah tersebut.

Melihat akan kesukaran tersebut maka blog ini dibangunkan bagi membantu mereka yang ingin mencari rumah untuk di sewa atau dibeli. Jika terdapat maklumat berkaitan dengan harga sewaan atau harga jualan ianya adalah berdasarkan kepada tarikh entri tersebut dimasukkan. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat maka pembaca blog ini perlu menghubungi pemilik rumah atau projek perumahan tersebut.

pekan jementah dari arah tangkak

pekan jementah dari arah segamat

Semoga blog ini dapat membantu mereka yang ingin mencari rumah untuk disewa atau dibeli khususnya di kawasan Jementah.